Sebagai pengenalan, firma guaman Yap Liew & Partners ditubuhkan pada 22 Jun 1995 di Kuala Lumpur untuk menyediakan perkhidmatan undang-undang yang berkualiti tinggi, efisien, bernilai tambahan dan berkesan kos kepada klien-klien kami.

Menyedari kepentingan untuk mendukung taraf profesion peguam dalam pasaran antarabangsa yang sedang berkembang pesat, falsafah kami adalah untuk bertindak dalam batasan undang-undang, namun masih berusaha untuk memelihara keobjektifan, kefleksibelan, keupayaan responsif yang berinovasi dan praktikal dalam menasihati dan memenuhi keperluan klien, di samping mengekalkan objektif undang-undang klien-klien kami.

Keupayaan unggul kami terletak pada komitmen serta perkhidmatan kami yang segera dan berunsur keperibadian. Firma kami mempunyai sekumpulan peguam dan staf yang pakar dalam pelbagai bidang, dan kami sentiasa berbincang sesama kami untuk memastikan klien-klien kami menerima perkhidmatan yang terbaik daripada kami.

Kami sentiasa cuba mencari pelbagai cara untuk memperbaiki kepakaran peguam serta staf kami supaya kami boleh memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada klien-klien kami dan dapat memenuhi keperluan mereka secara berterusan. Firma kami juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan jabatan-jabatan kerajaan. Oleh itu, kami berupaya mengendalikan proses pendaftaran dan memperolehi dokumen dengan menggunakan kaedah yang sesuai dan wajar.

Kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang pantas dan cekap untuk anda. Anda pasti akan puashati dengan perkhidmatan kami yang efisien dan berkualiti.



Bahagian Atas^     |     Berikut >

Yap Liew & Partners
89, Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03 - 2032 3608    Fax: 03 - 2032 3609    Email:
ylplaw@gmail.com 

Copyright © 2003 YAP LIEW & PARTNERS, All Rights Reserved.
Designed & Maintained by